Wednesday, November 3, 2010

anda kenal TAYAR kereta anda?

untuk sesiapa yg baru melihat blog ini..link ini mungkin amat membantu...TQ:)
MAX POWER CONTROLLER~ RM199~ | FUEL SAVER


****************************************************


Tahukah anda mengenai detail tentang spec tayar anda? kalau saya..hanya tahu tayar gunanya untuk buat kereta berjalan...selama ni x pernah pon amik tau berapa Maksimum speed tayar saya mampu tampung, Maksimum load tayar saya mampu tampung dan lain2 lagi..so sini nak kongsi sikit la..jom!
.
.
.

kebanyakan tayar mempunyai kod dan marking di sebelah wall tayar.
Setiap kod melambang berapa maksimum load dan kelajuan yang boleh dibawa oleh tayar bekenaan.boleh rujuk pic kat bawah ni)




klik pada pic untuk tumbesaran
Contoh : 91V

91= Ini menunjukan berape maksimum load setiap tayar, kalau berdasarkan kod nie setiap tayar boleh menampung maksimum load sebanyak 615kg.

V= Simbol ini pula menunjukan maksimum kelajuan yang boleh ditampung oleh setiap tayar hanya 240km/j.




So kepada yang biasa bawa lebih dari 200km/j sila beri perhatian pada tayar anda jangan pakai tayar kod Q,R,S dan T.Utamakan keselamatan anda, keluarga dan juga kepada yang menumpang kete anda.


R = radial. ni jenis balutan rangka tayar. jenis lagi satu ialah crossply. tayar radial lebih senyap tapi tayar crossply lebih kuat. lagi 2 jenis yg jarang digunakan ialah diagonal dan bias belt.(byk wording yg saya sendiri xpaham sgt..haha)

Z = speed rating. tayar mempunyai rating kelajuan dimana jika ia dipandu melebihi kelajuan ditetapkan ia mungkin tidak dapat menanggung beban tekanan dan haba dan mungkin pecah/meletup.

S =  selamat utk digunakan sehingga 180kmh.

H = selamat utk digunakan sehingga 210kmh

Z = selamat utk digunakan sehingga melebihi 240kmh.

*ada banyak lagi gred lain tapi yg popular di malaysia ialah H dan Z kerana ia agak umum dan boleh digunakan oleh hampir kesemua kereta.

kalau perihal nak tau manufacturing date tayar....Tarikh pembuatan dia ada tertera pada kod TIN (DOTXXXXXXX3005)......Yang perlu diberi perhatian adalah 4 angka kat belakang tayar.

Contoh : DOTXXXXXXX3005
30 tu melambangkan minggu keberapa tayar nie dibuat(minggu ke-30)
05 adalah tahun (2005)

Warranty daripada syrikat pengilang adalah dalam masa 5 tahun je lepas 5 tahun boleh dikonsider sebagai barang dah luput dan tak selamat........


p/s:sumber dari  www.mynismoclub.org.