Sunday, August 1, 2010

tips JIMATKAN minyak kereta anda..

untuk sesiapa yg baru melihat blog ini..link ini mungkin amat membantu...TQ:)
MAX POWER CONTROLLER~ RM199~ | FUEL SAVER


****************************************************
tengah syok2 layan inbox mesej kat email..ada la dapat pasal tips2 nih..menarik juge if nk kongsi untuk semua para pembaca blog saya nih...selain kena cuba MAX POWER CONTROLLER...anda juga boleh....cuba yang ini..hehe...
Mungkin anda sendiri boleh mempraktikkan beberapa tips berikut:

1) Apabila lampu isyarat bertukar hijau, anda tidak perlu bergerak laju. Lebih kuat anda menekankan pedal minyak, lebih banyak minyak yang digunakan.Sebaliknya, tekan perlahan-lahan dan anda dapat menjimatkan banyak petrol daripada dulu.
Jika anda melihat lampu isyarat bertukar kepada merah, cepat-cepat tekan pedal brek daripada menunggu sehingga mencapai ke hujung jalan. Pijak brek secara perlahan agar kereta anda dapat berehat seketika dan ini menjamin ketahanan pad brek.
Kedua-dua tip ini mampu meningkatkan penggunaan petrol sehingga 35 peratus berdasarkan kajian yang dijalankan oleh laman automotif.






2) Walaupun tidak menekan minyak dengan kuat, kelajuan boleh menghabiskan banyak petrol. Lebih laju anda memecut, lebih banyak angin yang diperlukan untuk menolak kereta ke depan.
Berdasarkan satu lagi laporan konsumer, pemanduan kereta pada kelajuan 75 batu sejam daripada 65 batu sejam akan mengurangkan penggunaan minyak petrol antara tiga hingga lima batu setiap gelen, bergantung kepada jenis kenderaan.




3)Tabiat mengekori kenderaan lain adalah satu perkara yang patut dielakkan.
Selain tidak selamat, perbuatan ini membazirkan minyak kerana setiap kali kereta di
hadapan menekan brek, anda terpaksa memijak lebih cepat. Kemudian, anda terpaksa menekan lebih minyak untuk mengejar dan mengekori kereta itu semula.




4) Rilekskan diri dan memandu secara hemah. Pastikan kereta anda sejauh dua saat dari kereta di hadapan dengan mengira dua saat dalam hati.









5)Anda tidak perlu memulakan enjin dan membiarkannya panas terlalu lama.
Dengan enjin baru yang dipasang pada kereta moden, tabiat ini boleh dikikis tanpa was-was. Dengan membiarkan enjin seminit akan menghabiskan minyak sejauh setengah batu berdasarkan kepada Suruhanjaya Tenaga California.
Sebab itu kereta hibrid akan mematikan enjin gasolin apabila ia berhenti bergerak, walau sesaat. Kita tidak perlu menghentikan enjin pada setiap masa tetapi sekurang-kurangnya matikan enjin sekiranya menunggu kawan berlari ke kedai dan lain-lain.

paling penting...tip yang terakhir ni!!!!!!!!!!
6) Jangan membeli makanan melalui kaunter pandu lalu kerana lebih banyak wang perlu dihabiskan untuk membayar minyak menggoreng ketulan ayam.hahaha...
sekian...selamat beramal..:)

3 comments:

Nasir Bravo said...

tip nombor 6 tue ..betul2 penting tue..hehehe

Ms MPC here:D said...

hahaha,..yep no 6..mmg tip terbaik:P

intan said...

yes...tips no.6 amat berguna sekali...hihi